#IMCW16
Ha apadia #IMCW tu? Inter Mahallah Cultural Week namanya. gitu ha. alhamdulillah competition utk tarian dah habis semalam. hari ni baru update.
tarian? what? aku masuk tarian? mohon gelak berjemaah semua. tak pernah terlintas langsung nak join wakil Mahallah Asiah. tapi tgklah hasil kat atas tu, dah habis menari pon. walaupun badan sis keras dan sado, sis cuba okay. lembut tu jadila jgk, at least! Kah!
#TeamPuisi
ha yang kat atas ni sahabat. mak jemah dan hani. wakil bagi Mahallah Asiah utk puisi. aku? aku p support ja, konon kasi semangat. tapi mungkin dpt semangat dari aku kot persembahan depa mantap baq hang! gini ha 👍
mantap lagi makjemah sbb dia cipta sendiri bait bait puisi tu, pergh sampai ke jiwa. itulah rentak makjemah yang melankolik. hahaha 😂
sebenarnya sis teramatlah busy minggu ni, hidup dah mcm zombie. zombie ka? lebih kurangla mcm kat atas ni ha, otak dan badan penat. mengadu dengan kawan ;
aku : penatla syada, semua nk kena buat dalam minggu ni. midterm la esaimen la nk kena submit, practice tarian lagi. macam mana nak hidup cmni?
syada : Tapi alhamdulillah Allah kasi hidup lagi kan?
#sissentap.
jadi anak-anak semua, sementara kita hidup kat dunia ni cubalah ambil peluang sebanyak mungkin untuk mencari redha Allah. buatla semua perkara kerana Allah! kan kita dah janji dengan Dia sebelum lahir lagi yang kita akan pegang tanggungjawab sebagai hambaNya yang setia dengan perintahNya. apa yang halal buat. yang hang nak buat yang haram tu dah kenapa? kbhai sekian saja nukilan malam ni. #sismembebel


